Tekanan Kerja Tinggi Dan Burnout

Pekerjaan anda membuatkan anda penat biasa atau burnout? Burnout pekerjaan ialah keadaan di mana individu mengalami keletihan fizikal, mental dan emosi yang melampau serta perasaan ragu terhadap keupayaan diri. Individu yang mengalami burnout juga menghadapi kemerosotan kepuasan kerja.
Menurut laporan daripada sumber manusia Employment Hero tahun 2022, lebih separuh daripada pekerja di Malaysia menghidapi sindrom burnout pekerjaan dimana 58% pekerja menyatakan mereka berasa burnout dalam tempoh 3 bulan yang lalu. Tambahan lagi, pekerja yang termasuk dalam lingkungan umur 18 hingga 35 tahun juga 20% lebih cenderung untuk mengalami burnout.
Antara punca berlakunya sindrom burnout ini ialah beban kerja berlebihan daripada kemampuan individu, gaji yang tidak setimpal dengan beban kerja, budaya kerja yang negatif seperti persekitaran yang tidak kompetitif dan juga tiada pengiktirafan atas pencapaian kerja. Selain itu, individu yang memberikan komitmen berlebihan dalam pekerjaan juga cenderung untuk mengalami burnout kerana kurangnya keseimbangan work-life balance.

Apakah Tanda-Tanda Anda Mengalami Sindrom Burnout Pekerjaan?
Jadi apakah antara gejala bagi sindrom burnout pekerjaan ini? Individu yang mengalami burnout mungkin menghadapi:
- Tekanan kerja yang berlebihan.
- Berasa letih sepanjang masa.
- Tahap kesihatan mulai merosot di mana anda sering mengalami sakit kepala, sakit belakang, sakit otot dan gangguan sistem penghadaman.
Di samping kesan fizikal yang dinyatakan, individu yang mengalami burnout juga mungkin :
- Lebih sukar mengawal perasaan.
- Menjadi lebih sensitif daripada biasa.
- Mudah marah.
- Kurang tumpuan dan fokus di tempat kerja.
- Cenderung untuk menangguh tugas sehingga akhir waktu.
- Mula mengabaikan penjagaan diri seperti waktu makan yang tidak teratur, makan makanan yang tidak seimbang, merokok, dan meminum minuman beralkohol.
Burnout pekerjaan perlulah diatasi bagi mengelakkan individu mengalami masalah mental yang lebih serius seperti depresi dan anzieti. Jika anda atau orang terdekat mengalami masalah burnout, buat temu janji dengan ahli profesional seperti psikologis klinikal kami untuk mendapatkan bantuan dan rawatan yang bersesuaian.
Cara Atasi Burnout

Untuk mengatasi Burnout, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya:
- Rehatkan diri dan ambil cuti kerja supaya fikiran akan lebih tenang dan kembali ke tempat kerja dengan semangat yang baru.
- Lakukan aktiviti yang relaks seperti mendengar muzik, yoga, aktiviti santai yang dapat membantu merehatkan minda.
- Mencari hobi serta aktiviti luar yang baru dan diminati.
- Amalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan tidur yang mencukupi.
- Belajar cara untuk urus tekanan dan masa dengan berkesan. Hal ini akan membantu menjadi lebih teratur dan tenang.
- Dapatkan khidmat nasihat profesional sekiranya gejala Burnout yang dialami menjejaskan fungsi kehidupan atau tidak mampu ditangani dengan baik.
- Buat perancangan serta jadual yang teratur. Ia akan membantu untuk menggunakan masa secara optimum serta mengenal pasti kepentingan sesuatu tugasan.
- Tetapkan matlamat diri serta kerjaya. Perlu tahu apa yang ingin dicapai dalam kerjaya supaya lebih fokus dan bersemangat.
- Tingkatkan komunikasi antara rakan sekerja serta majikan supaya tidak berlaku salah faham sekaligus dapat kurangkan rasa tekanan kerja.
- Mengetahui batasan serta keupayaan diri. Kenal potensi diri dan tetapkan had untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak berlebihan.
Supplement Terbaik Untuk Yang Burnout Penat Emosi dan Mental
Berikut ialah cadangan supplement yang sesuai untuk yang mengalami burnout – terutama jika anda pengguna Shaklee atau mencari solusi semulajadi:

1. OmegaGuard (Omega-3)
Fungsi:
- Menstabilkan emosi dan hormon
- Menyokong kesihatan otak & jantung
- Mengurangkan keradangan dan sakit sendi akibat stres

2. B-Complex
✅ Fungsi:
- Menenangkan sistem saraf
- Kurangkan rasa cemas, serabut dan penat mental
- Menukarkan makanan kepada tenaga
3. ESP (Energizing Soy Protein)
✅ Fungsi:
- Membekalkan tenaga berkekalan
- Menyokong hormon wanita dan kestabilan gula dalam darah
- Bantu baiki sel tubuh yang rosak akibat stres
❤️ Testimoni Ringkas: Wanita Yang Berjaya Pulih Penat Emosi dan Mental
“Saya ibu 2 anak, kerja sepenuh masa dan pernah alami burnout teruk – sampai menangis waktu pagi sebab tak mampu nak mula hari. Lepas konsisten ambil OmegaGuard dan B-Complex, saya rasa lebih bertenang dan bertenaga. Saya masih sibuk, tapi sekarang saya lebih kuat kendalikan emosi dan tenaga.”
— Nadia, 35 tahun
Nak Kurangkan Burnout Penat Emosi dan Mental. Nak Cuba Supplement ini
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tenaga shaklee mana yang paling tepat untuk anda. Tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
