Kesan Perubahan Selepas 30 Hari Konsisten Vivix/Res-v

Kesan 30 Hari Dari Pengambilan Vivix/Res-v

Apabila anda memulakan rejim pengambilan polifenol berkepekatan tinggi (seperti yang terdapat dalam Vivix dan ResV), badan anda akan melalui fasa pemulihan yang berperingkat. Berikut adalah garis masa fisiologi apa yang berlaku dalam tempoh sebulan:

Minggu 1: Fasa Detoksifikasi dan Tenaga (Hari 1-7)

Pada minggu pertama, polifenol mula bertindak sebagai antioksidan yang kuat.

  • Peneutralan Radikal Bebas: Tahap tekanan oksidatif dalam darah mula menurun dengan drastik.
  • Peningkatan Tenaga: Anda mungkin merasa kurang letih pada waktu tengah hari. Ini kerana polifenol mula mengoptimumkan fungsi mitokondria (pusat tenaga sel).
  • Kualiti Tidur: Ramai pengguna melaporkan tidur yang lebih nyenyak kerana pengurangan keradangan saraf yang sering mengganggu kitaran tidur.

Minggu 2: Pembaikan Kulit dan Pencernaan (Hari 8-14)

Kesan luaran mula kelihatan.

  • “Shaklee Glow”: Kulit mula nampak lebih lembap dan berseri. Polifenol melindungi kolagen daripada kerosakan dan meningkatkan peredaran darah ke kulit.
  • Pengurangan Kembung: Sifat anti-radang polifenol membantu menenangkan usus, mengurangkan masalah kembung perut dan meningkatkan penyerapan nutrisi lain.

Minggu 3: Ketajaman Mental dan Pengurusan Gula (Hari 15-21)

Pada fasa ini, polifenol menembusi halangan darah-otak (blood-brain barrier).

  • Fokus Meningkat: “Brain fog” atau kabus minda mula hilang. Resveratrol (sejenis polifenol utama) dikenali dapat meningkatkan aliran darah ke otak.
  • Sensitiviti Insulin: Bagi mereka yang mempunyai masalah gula, bacaan mungkin mula menjadi lebih stabil kerana polifenol membantu sel menerima insulin dengan lebih efisien.

Minggu 4: Pemulihan Selular Peringkat Dalam (Hari 22-30)

Inilah kemuncak “Kesan 30 Hari Diet Polifenol”.

  • Pengaktifan Gen SIRT1: Polifenol mengaktifkan gen umur panjang yang membaiki DNA yang rosak.
  • Pengurangan Sakit Sendi: Keradangan kronik pada sendi berkurangan dengan ketara, membolehkan pergerakan yang lebih lancar.
  • Sistem Imun: Badan menjadi lebih “alert” terhadap patogen luar.

 

Apakah Resveratrol Dalam Vivix Shaklee?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida – polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

 

Fakta Menarik Tentang Vivix Shaklee

Banyak fakta menarik tentang Vivix. Ayuh kita lihat satu persatu.

1. Vivix Shaklee mempunyai bukan 3, malah 5 patent iaitu:

a. Semulajadi dan polifenol diproses daripada 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet

Shaklee telah mempatentkan hak ke atas proses 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet dan secara semulajadi. 4 ramuan Vivix ini mengandungi polifenol yang sangat hebat. 4 ramuan Vivix Shaklee adalah:

Vivix merupakan sebatian cecair yang stabil dan tanpa bahan pengawet. Macamana hendak sahkan? Anda boleh uji sendiri di rumah.

Cuba simpan Vivix dalam peti sejuk beku / freezer selama sekurang-kurangnya 6 jam. Lihat samada ia membeku atau tidak. Ini merupakan satu bukti Vivix tidak dicampur dengan gula, air dan lain-lain.

Selain itu, jika diletakkan Vivix di atas meja, ia takkan meruap (berbuih-buih).

Kedua-dua sifat ini bukan dengan bantuan bahan kimia, tetapi disebabkan Vivix adalah semulajadi tanpa bahan pengawet dan stabil.

b. Vivix Merupakan Gabungan Resveratrol dan 15 jenis Polifenol

Resveratrol adalah sejenis antioksidan. Resveratrol telah ditulis dalam 2500 jurnal saintifik dan mampu bertindak melindungi DNA daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Polifenol pula merupakan sejenis sebatian fitokimia yang juga merupakan antioksidan yang hebat. Berkenaan gabungan ini ada saya nyatakan lebih lanjut dalam tajuk seterusnya.

c. Cold Filling Extraction Process

Ada banyak jenis proses untuk ekstrak jus/minyak/pati dari tumbuh-tumbuhan.

Cold extraction bermakna buah-buah yang digunakan dalam Vivix ditekan (press) untuk mengeluarkan patinya dengan suhu rendah.

Ada proses yang menggunakan air panas atau suhu panas, tetapi proses begini boleh menurunkan kualiti produk itu walaupun hasilnya mungkin lebih banyak.

Justeru, Shaklee telah mempatenkan proses ‘cold filling extraction‘ ini eksklusif untuk Vivix.

d. 10x Lebih Berkuasa

Vivix telah dipatent sebagai cecair mengandungi antioksidan resveratrol dan polifenol. Gabungan ini menjadikan Vivix 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal.

Ini menjadikan tiada produk yang dapat menyediakan produk anti penuaan sehebat Vivix.

e. Anggur Muscadine Sebagai Asas

Shaklee mempatentkan Vivix dengan anggur muscadine sebagai bahan asas utamanya. Kehebatan anggur muscadine adalah disebabkan kandungan resveratrol yang tinggi dan mampu melawan radikal bebas walaupun hidup liar dan tumbuh di kawasan yang agak lembab.

Anggur muscadine banyak sangat kelebihan yang salah satunya ia mampu mempertahankan diri sendiri daripada kulat yang merosakkan.

2. Khasiat 100mg resveratrol dengan hanya 1 sudu kecil

100 gelas wain = 1 sudu kecil Vivix dengan kandungan resveratrol sebanyak 100 mg. Anda tidak boleh minum wain (lagipun kita orang Islam) 100 gelas sehari betul tak?

Menurut Dr Sinclair, jumlah resveratrol dalam wain merah adalah sangat kecil berbanding dalam Vivix. Itulah sebabnya Vivix telah direka untuk menyampaikan tahap resveratrol daripada 100 gelas wain merah dengan setiap sudu teh (hidangan).

3. Gabungan Resveratrol dan Polifenol

Dr David Sinclair (Universiti Harvard) menerbitkan data menyatakan gabungan polifenol menjadikan resveratrol lebih berkuasa. Vivix pula adalah 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal. Shaklee telah menambah 1200mg polifenol daripada anggur muscadine, elderberry dan lobak ungu. Manakala kebanyakan syarikat membuat daripada anggur atau wain merah.

Selain itu, Vivix mengandungi polifenol yang kaya dengan asid elagik, ini sesuatu jumlah yang tidak terdapat di dalam wain merah (wain merah dikatakan mengandungi khasiat resveratrol tertinggi).

Asid elagik menghalang enzim yang terlibat dalam pembentukan protein AGE, iaitu salah satu daripada empat pusat mekanisme penuaan selular. Resveratrol mempunyai kesan ke atas enzim ini, tetapi menyekat tiga kunci lain mekanisme penuaan selular.

Secara ringkasnya, menambah kompaun polifenol yang mengandungi asid elagik dan 10 lagi polifenol bersama-sama resveratrol telah menjadikan Vivix lebih berkuasa berbanding suplemen berasaskan resveratrol tunggal atau polifenol tunggal semata-mata.

5. Penyingkiran Emodin

Dalam kaedah pembuatan Vivix, Shaklee telah menyingkirkan satu elemen disebut sebagai emodin yang terdapat dalam resveratrol. Umum tahu japanese knotweed mengandungi tinggi resveratrol selain muscadine grapes. Malahan resveratrol pertama kali ditemui oleh saintis adalah daripada japanese knotweed.

Dalam resveratrol mengandungi sejenis bahan disebut emodin. Emodin adalah satu bahan yang berpotensi menyebabkan inflamasi kepada tubuh. Jika ingin mengambil suplemen berasaskan resveratrol, pastikan bahan emodin ini telah disingkirkan.

Dengan kaedah penyingkiran emodin ini menjadikan Vivix bersifat anti inflammatory dan 10x lebih berkesan berbanding resveratrol tunggal.

 

Kelebihan Vivix dan ResV Shaklee

Mengapa memilih Vivix dan ResV berbanding makan anggur biasa atau suplemen lain? Jawapannya terletak pada Potensi, Ketulenan, dan Teknologi.

Vivix: Cecair Emas Merah

Vivix adalah suplemen cecair revolusioner yang bukan sekadar antioksidan. Ia adalah hasil penyelidikan bertahun-tahun untuk mencipta campuran polifenol yang paling stabil dan kuat.

  • Kelebihan Utama: Bentuk cecair membolehkan penyerapan yang pantas ke dalam aliran darah. Ia direka untuk perlindungan selular menyeluruh.

ResV: Kuasa Polifenol dalam Softgel

ResV adalah inovasi seterusnya—polifenol yang dipadatkan dalam bentuk softgel yang mudah dibawa.

  • Kelebihan Utama: ResV diformulasikan untuk mempunyai ketahanan jangka panjang dalam sistem badan dan 30% lebih berkuasa dalam menentang kerosakan oksidatif berbanding Vivix sahaja.

Kombinasi Vivix & ResV:

Mengambil kedua-duanya memberikan perlindungan 24 jam. Vivix memberikan impak segera, manakala ResV memberikan pelepasan berkala yang konsisten. Shaklee memanggilnya sebagai The Power Duo.

 

Testimoni Dari Penggunaan Vivix/Res-v

 

 

 

Nak order Res-v/Vivix

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tenaga shaklee mana yang paling tepat untuk anda. Tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

http://www.wasap.my/60164716300/res-v/vivix

 

Leave a Reply