Berat Badan Naik Mendadak Selepas Umur 40an

Berat badan naik mendadak selepas usia 40an biasanya di sebabkan oleh penurunan jisim otot, perlambatan metabolisme, perubahan hormon ( terutamanya bagi wanita yang melalui menopaus) , gaya hidup kurang aktif dan peningkatan stress. Ini membawa kepada penumpukan lemak, terutamanya di bahagian perut, kerana badan membakar kalori dengan kurang cekap dan menyimpan lebih banyak lemak.
Faktor penyebab utama

- Kehilangan jisim otot: Apabila usia meningkat, kehilangan jisim otot berlaku lebih cepat, terutamanya jika kurang aktif secara fizikal. Otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak, jadi kehilangan otot mengurangkan kadar metabolisme badan.
- Perubahan hormon:
- Wanita: Penurunan estrogen semasa menopaus menyebabkan pengagihan lemak beralih ke bahagian tengah badan (perut). Tahap testosteron lelaki juga menurun, yang boleh menjejaskan jisim otot dan metabolisme.
- Lelaki: Penurunan testosteron yang drastik, dikenali sebagai andropause, boleh menyebabkan kehilangan jisim otot, yang menjejaskan metabolisme.
- Metabolisme perlahan: Kadar metabolisme semula jadi badan melambatkan apabila usia meningkat, bermakna lebih sedikit kalori dibakar sepanjang hari.
- Gaya hidup tidak aktif: Kekurangan aktiviti fizikal dan senaman yang tidak mencukupi boleh mempercepatkan kehilangan otot dan penambahan berat badan, terutamanya apabila pengambilan kalori tidak diubah.
- Stres dan kurang tidur: Stres kronik meningkatkan hormon kortisol, yang boleh meningkatkan nafsu makan dan pengumpulan lemak. Kurang tidur juga boleh mempengaruhi keseimbangan hormon yang mengawal selera makan.
- Tabiat pemakanan: Pengambilan makanan berkalori tinggi, gula, dan lemak tanpa diimbangi dengan aktiviti fizikal boleh menyumbang kepada penambahan berat badan.
Cara mengatasinya
Terdapat 7 cara yang boleh membantu mereka yang kini berada di ambang 40an untuk kembali ke bentuk badan ideal dan sihat.
1. Makan buah dan sayur
Setiap kali makan, ambil setengah pinggan buah dan sayur untuk setiap hidangan. Ia akan memberi banyak nutrisi dan kurang lemak serta kalori. Kurangkan lemak daging, produk tenusu atau gandum.
Buah-buahan yang segar seperti epal dan berries adalah yang terbaik untuk diambil kerana mengandungi kandungan gula yang terkawal.
2. Makan sarapan
Pakar memberitahu, jika selama ini anda tidak menghiraukan sarapan, jangan berbuat sama selapas capai usia 40an. Namun amalkan sarapan sihat seperti oat atau roti dan buah. Ia boleh membantu anda mengurangkan kelaparan dan mengawal pengambilan makanan pada waktu tengah hari.
3. Kurangkan makan pada waktu malam
Jika anda makan makanan berkalori tinggi untuk tengah hari, maka kurangkan makan malam anda. Jika tidak, ia akan menyukarkan anda mengurangkan berat badan.
4. Masak makanan sihat
Makanan yang mengandungi lemak dan kalori tinggi, perlu dielak. Jangan masak atau makan makanan bergoreng, mengandungi banyak mentega atau banyak minyak. Ingat, minyak adalah musuh utama anda pada usia 40an. Kehadiran minyak yang banyak menyukarkan anda hilang berat, sebaliknya makan makanan yang dibakar, dikukus atau direbus sahaja.
5. Jangan tambah
Apabila mencapai usia 40an, ketahuilah, tubuh anda akan menjadi kurang aktif. Pada waktu ini jangan isi pinggan anda dengan terlalu banyak makanan, lebih penting, jangan tambah makanan selepas hidangan pertama. Ini kerana anda kena kurangkan kalori makanan daripada kadar yang biasa diambil. Kecilkan pinggan dan kurangkan hidangan, jangan tambah!
6. Kurangkan gula
Ini juga usia krtikal untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik. Bagi mereka yang mempunyai tabiat minum kopi atau teh, lupakan budaya minum ‘kaw’. Elak atau kurangkan terus gula, mana-mana minuman manis atau air bertenaga sebaliknya minum sahaja air suam.
7. Dapatkan tidur yang nyenyak
Apabila tidur terganggu pada usia 40 tahun ke atas, anda mungkin berdepan masalah tekanan dan stress. Bagi wanita, kekurangan tidur boleh memberi kesan negatif kepada menopause anda. Malah, kajian juga menunjukkan mereka yang mempunyai kualiti tidur yang baik mudah mengurangkan berat badan. Tidur secukupnya mengikut waktu agar berat badan anda juga terkawal.
Cadangan suplemen Shaklee untuk berat badan usia 40-an

ESP (Energy & Protein Shake): Membekalkan protein yang mencukupi untuk menyokong otot dan mengawal rasa kenyang, membantu menguruskan berat badan.

GLA Complex: Membantu menyeimbangkan hormon yang kerap tidak stabil pada usia 40-an, yang boleh memberi kesan kepada metabolisme dan penyimpanan lemak.

Vivix / ResV: Membantu melindungi sel daripada penuaan dan menyokong kesihatan menyeluruh, yang secara tidak langsung menyokong metabolisme badan yang sihat.

Omega Guard: Menyokong kesihatan jantung dan otak secara keseluruhan, yang penting untuk metabolisme yang berfungsi dengan baik.
Nak Kurangkan Berat Badan. Nak Cuba Supplement ini
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tenaga shaklee mana yang paling tepat untuk anda. Tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
www.wasap.my/60164716300/setberatideal