set tenaga shaklee premium

Assalamualaikum wbt, Set Tenaga Shaklee Premium – Nutrisi Keperluan Harian Anda. Set premium shaklee untuk tenaga mempunyai beberapa vitamin khusus supaya dapat mengisi kekosongan nutrisi keperluan harian anda. Set tenaga shaklee premium kali ini adalah untuk anda yang mempunyai badan yang sihat dan tidak sakit.

Ini kerana ramai beranggapan bahawa, supplemen atau vitamin hanya untuk orang sakit. Sebenarnya, supplemen adalah makanan tambahan untuk orang sihat dan membekalkan nutrisi lengkap bagi kesihatan secara berterusan.

Kenapa Perlu Vitamin Shaklee ?

Pernahkah anda bertanya kepada diri, adakah saya perlukan vitamin jika saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan daya yang seimbang? Soalan ini juga sering timbul, bagaimana saya tahu apa yang saya makan akan memberi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan saya? Sememangnya mencabar untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda daripada makanan semata-mata. Untuk mendapatkan tenaga yang optimum sepanjang hari, badan kita memerlukan nutrisi dan nutrien yang lengkap.

Walaupun kita telah memilih diet yang sihat setiap hari, tetapi hakikatnya pengambilan supplemen adalah salah satu cara untuk mengisi jurang pemakanan kita. Dengan memberikan dos nutrien yang sihat kepada tubuh badan, bermakna tubuh kita mempunyai sumber yang mencukupi untuk memperbaiki sel-sel tubuh, melawan tekanan akibat pencemaran dan menghasilkan tenaga untuk menikmati kehidupan pada kadar dan kualiti yang kita inginkan.

Pengambilan set tenaga shaklee premium ini membantu anda berasa lebih sihat, lebih bertenaga, lebih fokus dan bersedia untuk apa sahaja. Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang supplemen untuk tingkatkan tenaga harian anda:

  • Ambil vitamin anda setiap hari, sebaik-baiknya dengan makanan.
  • Minum 1-2 liter air setiap hari.
  • Simpan di tempat sejuk dan kering.

Jadi, apakah vitamin yang terbaik untuk saya pilih bagi memberikan tenaga yang optimum sepanjang hari?

#1 – Vita-Lea Iron Formula (Vitalea shaklee | Multivitamin)

Set Tenaga Shaklee Premium

Multivitamin adalah cara mudah untuk memastikan anda mempunyai  28 vitamin dan mineral yang penting untuk kesejahteraan kita seharian. Dengan mendapat 28 nutrien penting ini membantu anda memiliki tubuh badan yang bertenaga dan sihat.

#2 – B-Complex with Folic Acid (Vitamin B Shaklee)

kebaikan b-complex shaklee

Memberi keseimbangan lapan jenis vitamin B yang perlu untuk tubuh badan, terutamanya bagi orang tua dan folat bagi wanita yang merancang untuk berkeluarga. Selain daripada itu, vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda. Justeru, keperluan vitamin B untuk tubuh membantu menyokong kesihatan harian anda sehingga membekalkan tenaga yang luar biasa sepanjang hari.

#3 – Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C Shaklee)

fungsi vitamin c shaklee

Tubuh anda tidak boleh membuat dan menyimpan vitamin C, jadi pastikan anda menambah vitamin yang memainkan peranan penting dalam kesihatan gigi, gusi, tulang dan keseluruhan sistem tubuh. Tubuh badan yang mempunyai vitamin c yang cukup memiliki kuasa perlindungan yang lebih tinggi berbanding dari orang yang tidak mengambil vitamin c. Sistem imun yang lebih kuat membantu meningkatkan prestasi dan tenaga anda sepanjang masa.

#4 – Omega Guard (Omega-3 | Minyak Ikan Shaklee)

kebaikan omega guard

EPA dan DHA adalah lemak baik yang diperlukan oleh setiap bahagian tubuh badan anda. Oleh kerana tubuh anda memerlukan Omega-3 , tetapi tidak boleh menghasilkannya dos harian 7 asildlemak Omega-3 tulen yang berspektrum penuh akan membantu tubuh anda kekal sihat dan bertenaga.

#5 – Ostematrix (Kalsium | Vitamin D Shaklee)

ostematrix shaklee

Untuk terus kekal bertenaga sepanjang masa, tulang juga perlulah dijaga dengan baik. Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda, kerana itulah amat penting untuk anda pastikan ia terus kekal kuat dan sihat. Tubuh anda membina tulang baru dengan pantas, tetapi apabila umur anda meningkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina. Hakikat inilah menjadikannya penting untuk membekalkan tulang anda dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti. Ostematrix adalah kalsium yang berkualiti tinggi didatangkan dengan vitamin d dan magnesium bagi membantu penyerapan kalsium yang lebih baik untuk tulang.

#6 – Energizing Mixed Soy Protein Isolate Powder – ESP Shaklee (Protein Soya Non-GMO)

kebaikan esp shaklee

Protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi adalah sumber tenaga yang tahan lama. Inilah yang diperlukan oelh tubuh anda untuk memperbaiki dan membina tisu-tisu baru. Ia mudah dicerna dan menambah keperluan protein harian anda, terutamanya bagi orang tua, ibu yang letih, lelaki yang kuat bekerja, remaja yang sibuk, orang yang cerewet dalam memilih makanan dan sesiapa sahaja yang memerlukan snek pantas bagi merangsang tenaga. ESP shaklee mampu memberikan tenaga yang kuat sepanjang hari kerana memiliki GMI yang rendah.

#7 – Cinch Energy Tea

manfaat cinch tea mix

CINCH ENERGY TEA. Manfaat Cinch Tea Mix. Bantu tingkatkan metabolism badan 4 bakar kalori (turunkan berat badan dengan cepat ) . Membakar lemak berlebihan dalam organ. Bantu detox tubuh, boleh dibancuh panas dan sejuk. Bantu kurangkan rasa lemah badan dan mengantuk. Mengandungi Polfenol yang menghalang sel-sel badan rosak oleh radikal bebas.

Bantu cergaskan badan memberi tenaga berpanjangan. Sangat disyorkan juga untuk sesiapa yang rajin
bersenam 4 workout. Tinggi antioksida melambatkan penuaan. Keistimewaan Cinch Tea Mix. Kandungan ola yang rendah(boleh diambiloleh pesakit diabetes ). Dipek dalam bentuk sachetjadi modah dibawa
kemana-mana. Tiada perisa, pewarna dan bahan pemanis tambahan dan bebas gluten

#8 – Vivix Shaklee (Minuman Botani)

manfaat utama vivix shaklee set tenaga shaklee premium

Vivix merupakan minuman botani yang lazat mengandungi campuran botani khas shaklee yang terdiri daripada Anggur muscadine, Elderberry Eropah, Knotweed Jepun dan Lobak Ungun. Sumber-sumber makanan yang berwarna-warni ini adalah antioksidan untuk perlindungan dan kesihatan yang lebih baik. Gabungan polifenol yang terkandung dalam ramuan utama tersebut, membantu membekalkan tenaga sehingga ke tahap sel. Apabila sel tubuh badan sihat, bertenaga, seterusnya sistem tubuh anda berfungsi dengan baik

#9 – ResV Shaklee (Produk Exclusive Dan Unik)

kebaikan polifenol resv set tenaga shaklee premium

ResV shaklee diformulasikan secara saintifik untuk menyokong dan mengekalkan kesihatan untuk kehidupan yang lebih baik, sihat , aktif dan penuh bertenaga. ResV adalah campuran proprietari semulajadi polifenol dan ekstrak botani dari Anggur Muscadine, Knotweed Jepun, Pati Anggur, Delima, Chebullic Myrobalan, Black Current, Anggur Merah, dan Lobak Ungu. Setiap kandungan di dalam ResV dipilih dan diekstrak dengan teliti. Proses pengestrakan yang dipatenkan inimengekalkan bioaktif polifenol. Di dalam soft gel ResV ini anda nikmati manfaat polifenol untuk kesihatan tenaga anda.

Set Premium Shaklee Untuk Tenaga ini menawarkan nutrien lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan manusia setiap hari. Kita tahu bahawa pemakanan harian kita memiliki jurang dalam bagi melengkapi nutrisi keperlu badan seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *