Pembedahan Bariatrik Untuk Kurus ?

Pembedahan Bariatrik Untuk Kurus ?

Ramai yang nak kurus.

Pembedahan Bariatrik. Ok ke?

Ia seakan menjadi trend di kalangan selebriti beberapa tahun kebelakangan ini.
Di Amerika Syarikat, pembedahan ini amat popular untuk mengatasi masalah obesiti dan juga mengurangkan masalah metabolik seperti diabetes.

Tapi, tahukah anda, ada beberapa jenis pembedahan bariatrik yang boleh dijalankan oleh Pakar Bedah terlatih. Yang mana satu pilihan yang paling baik bergantung kepada beberapa faktor seperti kesihatan pesakit secara keseluruhan, faktor kesan sampingan, samada ia pembedahan terbuka atau secara laparoskopi dan juga kecekapan pakar bedah itu sendiri.

Bercakap tentang kesan sampingan, gastric bypass atau Roux-en-Y, merupakan kaedah yang paling cepat berkesan tapi paling banyak kesan sampingan.
Antaranya ialah:
1. Pembentukan batu hempedu (dalam 40% daripada pesakit)
2. Malabsorption – kekurangan nutrisi dan vitamin seperti vitamin B12, thiamine, asid folik, zinc, vitamin D, vitamin K dll. Pesakit perlu mengambil suplimen dan vitamin sepanjang hayat.
3. Leaking (kebocoran dari tempat sambungan)
4. Dumping syndrome, terutamanya selepas makan makanan tinggi karbohidrat, jadi pesakit boleh muntah dan merasa ‘bloated’.

Bagi pembedahan ‘gastric banding’, ia lazimnya dijalankan secara laparoskopi jadi pesakit cepat pulih daripada pembedahan namun ia memerlukan satu ‘band’ dimasukkan untuk mengecikkan ruang perut (rujuk gambar). Kaedah ini boleh menerukkan masalah refluks sekiranya ada. Ada juga kemungkinan ‘band’ tersebut menjadi longgar dan tertanggal menyebabkan pembedahan terpaksa diulangi.

Kaedah terakhir iaitu sleeve-gastrectomy, ianya juga kaedah yang popular kerana kurang kesan sampingan. Namun ia juga boleh menerukkan masalah reflux dan juga boleh menyebabkan leaking. Sekiranya leaking atau kebocoran berlaku, pesakit akan mengalami sakit perut yang teruk dan boleh muntah-muntah.

Bila diteliti, tiada pembedahan yang bebas daripada kesan sampingan. Setiap intervensi untuk mengatasi obesiti bukan semudah menjalani pembedahan, ia masih perlu disiplin dan nasihat daripada pakar nutrisi yang bertauliah.

Sememangnya nak obese itu mudah, nak menghilangkannya itu payah.

Dr Sakinah Sulong,
Pakar Perubatan Keluarga.

pengedarshaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *