Kanser Kolorektal

Kanser Kolorektal

Kanser Kolorektal atau Kanser Usus atau Kolon merupakan penyebab utama kematian lelaki akibat penyakit kanser dan penyebab kematian kedua bagi wanita.

Lebih 60% kanser ini dikesan pada tahap ‘advance’ iaitu tahap tiga dan ke atas dan ini menyebabkan rawatan seperti pembedahan dan kemoterapi tidak lagi berkesan.

Sebab utama Kanser Kolorektal lambat dikesan adalah kerana kanser ini tidak menunjukkan tanda-tanda awal yang jelas.

Sebagai empunya badan, hanya anda tahu jika ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda.

Awasi tanda-tanda Kanser Kolorektal seperti berat badan turun mendadak, membuang air besar tidak normal, najis bercampur darah dan kerap keletihan.

Pemeriksaan kesihatan secara berkala adalah amat penting kepada individu berumur 40 tahun dan ke atas terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser ini.

Gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dengan melebihkan pengambilan serat seperti buah-buahan dan sayuran-sayuran boleh mengurangkan risiko kanser ini.

Fasilti kesihatan KKM ada menyediakan saringan Kanser Kolorektal. Dapatkan maklumat di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

Bagi yang mempunyai peruntukan lebih, pusat perubatan swasta juga menyediakan saringan kesihatan.

#kolorektal
#kanserusus

pengedarshaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat